UMRAH & ZIARAH BAITULMAQDIS
MEKAH - MADINAH - BAITULMAQDIS
Ziarah BAITULMAQDIS
Menelusuri Sejarah Mencari Ibrah
Kita akan bermusafir selama beberapa hari dan malam dengan satu pengalaman yang pasti berbeza. Satu pengembaraan mencari sejarah agama yang sebenar.
Menerokai TIGA MASJID UTAMA....menyusuri jejal-jejak para Anbiya dan Rasul serta beribadah..
Pengisiannya nanti kami akan lebihkan tentang sejarah, sirah dan bagaimana perjalanan Islam melalui fasa jatuh bangunnya dari Nabi terdahulu sehingga kepada Rasulullah di Baitullah. Kita ambil kesinambungannya dari hari kewafatan Baginda Nabi hinggalah sampai kepada kita di Nusantara.
Palestine hari ini dihambat dengan situasi peperangan. Tetapi realitinya masih ada wilayah yang masih aman dan sangat selamat untuk kita lawati. Itulah misi kita ke sana, melihat sisi lain kebenaran tentang Baitulmaqdis dari kaca mata kita, bukan dari pandangan MEDIA.
Penerbangan Pada:
23 November 2020
PAKEJ
-
Penerbangan pergi dan balik dari KLIA - Jedah/Madinah - Amman, Jordan - KLIA
-
Tiket penerbangan kelas ekonomi
-
Hotel dalam jarak kurang 200m dari masjid
-
Makan di hotel FullBoard (Mekah/Madinah)
-
Makan di hotel Half Board (Baitulmaqdis)
-
Visa (Warganegara Malaysia sahaja)
-
Khidmat mutawif
-
Ziarah dalam dan luar
-
Pengangkutan disediakan
PAKEJ TIDAK TERMASUK
-
Makan di luar
-
Lokasi berbayar
-
Perbelanjaan peribadi
-
Caj Tambahan Bagasi
-
Tips kepada pemandu pelancong dan bas
-
Lain-lain kos lawatan yang tiada di dalam aturcara
Tertakluk kepada terma dan syarat
-
Tiada refund dipulangkan selepas tiket telah dicetak
-
Tiada harga kanak-kanak
-
Pendaftaran hendaklah dibuat 3 bulan awal sebelum penerbangan untuk visa Baitulmaqdis
-
Salinan IC diperlukan setiap seorang jika jemaah membuat pendaftaran
-
Digalakkan mengambil insuran perjalanan tambahan (tidak termasuk dalam pakej)
NOTA PENTING
** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej, hotel dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan.
RM 9,680 /pax
PANDUAN PENYERTAAN/PENDAFTARAN
Cara Mendaftar
-
Isi borang pendaftaran dan membayar DEPOSIT pendaftaran RM1500 untuk seorang, manakala bayaran penuh perlu diselesaikan sekurang-kurangnya 45 hari sebelum tarikh berlepas.
-
Bagi wanita yang berumur bawah 45 tahun dan lelaki kurang dari 18 tahun wajib mendaftar bersama mahram yang sah.
-
Tarikh pakej adalah tertakluk kepada kelulusan visa, penerbangan dan hotel.
Kaedah Bayaran
Sila masukkan deposit RM1500 @ Bayaran Penuh ke
Akaun
UM EUTLA VACATION SDN.BHD.
CimbBank 8009805678
Polisi Bayaran
Bayaran hendaklah dibayar terus ke akuan syarikat dan Resit bayaran hanya akan dikeluarkan oleh pihak syarikat UM Eutla Vacation Sdn.Bhd sahaja, setelah menerima pembayaran.
Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Visa Baitulmaqdis
-
Paspot Original (7 bulan dari tarikh balik penerbangan) dan salinan kad pengenalan (Depan & Belakang) 80 hari sebelum tarikh penerbangan.
-
Maklumat nama ibu, bapa dan datuk (sebelah bapa) diisi di lampiran Borang Pendaftaran Baitulmaqdis.
-
Maklumat negara-negara yang pernah dilawati dalam tempoh 2 tahun.
-
2 keping gambar berukuran paspot berlatar belakang warna biru ukuran 3cm x 5cm.
-
Borang dari Jabatan Imigresen Malaysia yang telah diisi dan ditandatangani.
POLISI VISA
Visa dikeluarkan oleh kerajaan tempat negara dipohon.
Kelulusan adalah tertakluk kepada pihak berkuasa negara berkenaan dan keputusan adalah muktamad tanpa diberitahu sebab-sebab penolakan jika permohonan ditolak.
Pihak UM Eutla Vacation tiada bidang kuasa pada perkara tersebut.
Dari Rm9,680
Itinerari Perjalanan
Hari 01 - Kuala Lumpur – Madinah
Berkumpul dilapangan terbang KLIA 4 jam sebelum masa penerbangan. Berlepas ke Madinah.
Hari 02 - MADINAH
(Ziarah Dalam) menziarahi makam Rasullullah dalam Masjid Nabawi( RAUDAH) , tanah perkuburan Baqi’ dan tempat-tempat sejarah yang ada di sekitar Masjid Nabawi
Hari 03 - MADINAH
(Ziarah luar) menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar Bandar Madinah seperti Masjid Qubak (solat 2 rakaat didalam dapat pahala Umrah), Masjid Qiblatain, Bukit Uhud, Masjid Tujuh. Manakala Kilang mencetak Al-Quran dan Bukit Magnet (pilihan) , ladang kurma dan lain-lain yang biasa diziarahi
Hari 04 - MADINAH - MEKAH
Bertolak ke Mekah untuk mengerjakan Umrah, niat Miqat di Bir’Ali, dan mengerjakan Umrah pertama setibanya di Mekah
Hari 05 - MEKAH
Ziarah tempat-tempat sejarah sekitar Masjidil Haram dan (Pilihan mendaki Jabal Nur (Gua Hira')
Hari 06 - MEKAH
Menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti Gua Thur (tempat persembunyian nabi ketika Hijrah), Gua Hira’ (tempat turunnya wahyu pertama), dan manasik Haji seperti Arafah, Muzdalifah, Mina dan Jamrah, seterusnya ke Ja’aranah, niat miqat Umrah kali kedua
Hari 07 - MEKAH - Aktiviti Bebas
Hari 08 - MEKAH
Ziarah ladang unta, seterusnya ke Hudaibiyah, dan niat miqat Umrah di Mesjid Hudaibiah untuk Umrah kali ketiga
Hari 09 - MEKAH
Pilihan : Ziarah Bumi Ta'if dan ambil miqat umrah di Qarnul Manazil
Hari 10 - MEKAH - AMMAN Jordan
Mengerjakan Tawaf Wadak sebelum bertolak Ke Airport Jeddah dan berlepas ke Lapangan terbang Amman –meneruskan lawatan ke Gua Ashbabul kahfi–Masjid King Abdullah – Masjid King Hussien - Makam Bilal Bin Rabah – Amman Hotel.