UMRAH & ZIARAH
Cairo/Mesir
Ziarah Cairo-Iskandariah
Menelusuri Sejarah Mencari Ibrah
PENGEMBARAAN MENDAPAT ILMUAN
-
MESIR(CAIRO)
Dikenali sebagai Kaherah dan merupakan ibu negeri bagi Mesir. Bandar paling Utara di Afrika Utara dan bersempadan dengan Libya, Sudan, Jalur Gaza dan Laut Merah.
-
ISKANDARIAH
Merupakan bandaraya kedua terbesar di negara Mesir. Kini merupakan pusat pelabuhan utama Mesir, pusat industri tekstil dan pusat penapisan petroleum.
-
PIRAMID GIZA
Piramid paling terkenal dan terbesar adalah Piramid Kufu yang terletak di Giza merupakan salah satu dari 8 benda ajaib di dunia. Dibina pada tahun 2600SM dan diperbuat daripada batu padu sebagai makam Firaun. Pembinaan dengan tenaga buruh kasar dan tanpa jentera moden mengambil masa selama 20 tahun dan menggunakan 2 juta blok.
PAKEJ INI TERMASUK:-
-
Tiket penerbangan kelas ekonomi.
-
Visa umrah
-
Penginapan, makan dan minum (FullBoard)
-
Segala lawatan di dalam aturcara (kecuali ziarah pilihan)
-
Transport ke tempat Ziarah
-
Umrah 3 kali dibimbing oleh mutawwif.
-
Insuran berkelompok (bagi jemaah berumur 18–65 tahun sahaja pada hari penerbangan)
PAKEJ INI TIDAK TERMASUK:-
-
Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter) dan di hotel.
-
Penggantian bagasi / barangan peribadi yang hilang di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan lebihan timbangan bagasi.
(Notis : Jemaah Perlu Menjaga Beg Masing–Masing Semasa Di Dalam Perjalanan) -
Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan/atau surcaj bahan api.
-
Tambahan visa bagi jemaah bukan warganegara Malaysia.
-
Makan minum semasa transit melainkan dinyatakan.
CENDERAMATA:-
-
Beg pakaian Besar & Kecil, Beg Sandang, Uncang Kasut, Buku panduan umrah dan Air zam–zam 5 liter.
Tertakluk kepada terma dan syarat
NOTA PENTING
** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej, hotel dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan.
RM 9,598 /pax
PANDUAN PENYERTAAN/PENDAFTARAN
Cara Mendaftar
-
Isi borang pendaftaran dan membayar DEPOSIT pendaftaran RM1500 untuk seorang, manakala bayaran penuh perlu diselesaikan sekurang-kurangnya 45 hari sebelum tarikh berlepas.
-
Bagi wanita yang berumur bawah 45 tahun dan lelaki kurang dari 18 tahun wajib mendaftar bersama mahram yang sah.
-
Tarikh pakej adalah tertakluk kepada kelulusan visa, penerbangan dan hotel.
Kaedah Bayaran
Sila masukkan deposit RM1500 @ Bayaran Penuh ke
Akaun
UM EUTLA VACATION SDN.BHD.
CimbBank 8009805678
Polisi Bayaran
Bayaran hendaklah dibayar terus ke akuan syarikat dan Resit bayaran hanya akan dikeluarkan oleh pihak syarikat UM Eutla Vacation Sdn.Bhd sahaja, setelah menerima pembayaran.
POLISI VISA
Visa dikeluarkan oleh kerajaan tempat negara dipohon.
Kelulusan adalah tertakluk kepada pihak berkuasa negara berkenaan dan keputusan adalah muktamad tanpa diberitahu sebab-sebab penolakan jika permohonan ditolak.
Pihak UM Eutla tiada bidang kuasa pada perkara tersebut.
Dari Rm9,598
Itinerari Perjalanan
HARI 01 - KUALA LUMPUR – CAIRO
Semua Jemaah diminta berada di KLIA, 4 jam sebelum waktu penerbangan. Penerbangan berlepas ke Cairo
HARI 02 - CAIRO
Setiba di Cairo , para jemaah akan disambut oleh wakil syarikat. Setelah urusan imigrisen dan Bagasi selesai para jemaah akan di bawa untuk sarapan pagi kemudian ke hotel untuk berehat. Selepas solat zohor dan makan tengahari , para jemaah akan dibawa ke : Pyramid / Sphinx / Bazar Minyak Wangi / Bazar Papyrus / Masjid Amru Al-Ass (masjid pertama dibina di Benua Afrika ) Selesai lawatan, balik ke hotel untuk berehat dan makan malam.
HARI 03 - CAIRO
Selepas sarapan pagi , para jemaah akan dibawa melawat : Masjid dan maqam Imam Shafie / Kubu Pertahanan Salahuddin Al-Ayyub / Masjid AlAzhar / Masjid Saidina Hussain / Membeli-belah di Bazar Khan Khalili. Selesai lawatan , balik ke hotel untuk berehat dan makan malam.
HARI 04 - CAIRO – ISKANDARIAH – CAIRO
Selepas sarapan pagi , para jemaah akan berangkat ke Iskandariah dengan menaiki bas. Setibanya di sana akan melawat : Bekas Istana Raja Farouk /Taman Bunga Montazah / Makam Nabi Daniel / Makam Lukman Al-Hakim / Masjid Abu Abbas. Selesai lawatan , balik ke Kaherah dan makan malam.
HARI 05 CAIRO – MADINAH
Selepas sarapan pagi, acara bebas. Sebelum berangkat ke Lapangan terbang Kaherah, peserta akan dibawa melawat ke Medan Anwar Sadat / Tugu Peringatan Tentera. Tiba dilapangan terbang kaherah 3 jam sebelum masa penerbangan. Berlepas ke Madinah dan tiba di Madinah.
HARI 06 - MADINAH
(Ziarah Dalam) menziarahi makam Rasullullah dalam Masjid Nabawi( RAUDAH) , tanah perkuburan Baqi’ dan tempat-tempat sejarah yang ada di sekitar Masjid Nabawi
HARI 07 - MADINAH
(Ziarah luar) menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar Bandar Madinah seperti Masjid Qubak (solat 2 rakaat didalam dapat pahala Umrah), Masjid Qiblatain, Bukit Uhud, Masjid Tujuh. Manakala Kilang mencetak Al-Quran dan Bukit Magnet (pilihan) , ladang kurma dan lain-lain yang biasa diziarahi
HARI 08 - MADINAH - MEKAH
Bertolak ke Mekah untuk mengerjakan Umrah, niat Miqat di Bir’Ali, dan mengerjakan Umrah pertama setibanya di Mekah
HARI 09 - MEKAH
Ziarah tempat-tempat sejarah sekitar Masjidil Haram dan (Pilihan mendaki Jabal Nur (Gua Hira')
HARI 10 - MEKAH
Menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti Gua Thur (tempat persembunyian nabi ketika Hijrah), Gua Hira’ (tempat turunnya wahyu pertama), dan manasik Haji seperti Arafah, Muzdalifah, Mina dan Jamrah, seterusnya ke Ja’aranah, niat miqat Umrah kali kedua
HARI 11 - MEKAH - Aktiviti Bebas
HARI 12 - MEKAH
Ziarah ladang unta, seterusnya ke Hudaibiyah, dan niat miqat Umrah di Mesjid Hudaibiah untuk Umrah kali ketiga
HARI 13 - MEKAH
Pilihan : Ziarah Bumi Ta'if dan ambil miqat umrah di Qarnul Manazil
HARI 14 - MEKAH
Mengerjakan Tawaf Wadak sebelum bertolak Ke Airport Jeddah
HARI 15 - Tiba di KLIA -Alhamdulillah sampai di Malaysia