Menunaikan Syariat untuk Mendapat Syafaatnya....

Kelebihan Mengerjakan Umrah Seperti mana keistimewaan ibadah Haji,

Panduan Umrah – Pengertian Umrah
Umrah ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadah-ibadah tertentu mengikut syarat-syaratnya.

​Rukun Umrah mudah sahaja,
RUKUN 5 PERKARA
(Perkara asas yang mesti  dilakukan, sekiranya tertinggal salah satu samada sengaja atau terlupa maka  tidak sah Umrahnya)

1-  Niat 


نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَاَحْرَمْتُ بِهَا ِللهِ تَعَالَى
(NAWAITUL 'UMROTA WA AHROMTU BIHAA LILLAAHI TA'AALA)​
Maksudnya: Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.

2- Tawaf - 


نويت أن أطوف بهذأ البيت طواف العمرة سبعأ  كاملا لله تعالى.
بسم الله ، الله أكبر ، الله أكبر ،  الله أكبر . 

(Nawaitu an atufa bihaazal baiti tawafil `umrata sab`an kaamilan, lillaahi ta`ala, bismillaahi, Allaahu Akbar, Allaahu Akbar, Allaahu Akbar).
Niat tawaf adalah “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala”.


 

 

DOA MULA-MULA TAWAF DAN TIAP-TIAP KALI ISTILAM HAJAR ASWAD


بسم الله ،  الله أكبر ،  اللهم إيمانا بك وتصديقا بكتابك ووفاأ بعهدك وأتبأعا لسنة نبيك  محمد صلى الله عليه وسلم
 

(Bismillaah , Allaahu akbar , Allaahumma iimaa nan bika watas diiqan bikitaabika wawafaa an bi `ahdika wat tibaa `an lisunnati nabiyyika Muhammadin sal lallaahu `alaihi wasallam).


Dengan nama Allah Tuhan Yang Maha Besar , Ya Tuhanku aku kerjakan ini kerana beriman kepada Mu dan kerana membenarkan kitabMu dan kerana menyempurnakan janji dengan Mu, kerana menurut perjalanan (sunnah) Nabi Mu dan kekasih Mu Muhammad  (صلى الله عليه وسلم).

LAFADZ DI DALAM TAWAF


سبحان الله والحمد لله ،  ولا إله إلا الله ،  والله أكبر ، 
 ولا حول ولا قوة إلا بالله  العلي العظيم ،  
ربنا أتنا في ألدنيا حسنه وفي الآخرة حسنه  وقنا عذاب النار .


(Subhaa nallaahi,  walhamdulillaahi, walaa ilaaha il lallaahu, wallaahu akbar,
walaa haula walaa quw wata illaa billaaahil `aliy yil `adziim, 
Rabbanaa aa tinaa fid dunyaa hasanatan wafil aakhirati hasanatan waqinaa `azaaban naar).

Maha Suci Allah dan segala puji-pujian bagi Allah, dan tak ada tuhan  hanyalah Allah dan Allah ituMaha Besar, tak ada daya dan tak ada kekuatan,
​hanya dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Wahai Tuhan kami berilah kami di dunia kebaikan dan di akhirat kebaikan dan peliharakanlah kami dari siksa api neraka.​

Syarat sah tawaf:

  1. Dilakukan diluar Kaabah tetapi di dalam Masjidil Haram.

  2. Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Kaabah semasa tawaf.

  3. Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).

  4. Laluan tawaf hendaklah bersih dari najis.

  5. Dimulai dari belakang hajarul Aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.

  6. Tujuh pusingan dengan sempurna dan yakin.

  7. Mengirikan Kaabah atau mengelilingi melawan jam.

  8. Suci dari hadas kecil (berwuduk) dan hadas besar.

  9. Badan suci dari najis.

  10. Menutup aurat.

Tempahlah Pakej Pilihan Anda Sekarang
Malaysian-Association-of-Tour-and-Travel

MAAD TRAVEL (M) Sdn Bhd. [ KPK/LN 7078 ]

Marketing By UME Travel

UM EUTLA VACATION [ KPK/LN 9080 ]

NO 36-01, JALAN SETIA TROPIKA 1/1, TAMAN SETIA TROPIKA, 81300 SKUDAI JOHOR.

Tel: +607 244 8727  (10:00pg hingga 05:30 ptg) 

Email: ume.vacation@gmail.com

Copyright© 2017 - 2019 by UME. All rights reserved.
UMRAH Penyucian Hati dan Jiwa