UMRAH & Ziarah

Kelengkapan-hajiumrah

CHECKLIST SENARAI BARANG –BARANG YANG PERLU DIBAWA KE TANAH SUCI 
Kelengkapan-haji Umrah

BAGI LELAKI - 
Senarai barang-barang dalam beg besar/beg pakaian (30kg)

1) Kain ihram - 2 Pasang 
2) Tali pinggang - 1 utas 
3) Baju melayu - 2 helai
4) Baju biasa(t-shirt) - 4 helai
5) Singlet berlengan dan berzip - 4 helai 
6) Kain pelikat - 4 helai
7) Seluar panjang - 2 helai
8) Tuala kecil - 1 helai
9) Stoking - 2 pasang
10) Selipar (pastikan jari-jemari terlihat) - 1 pasang
11) Kasut biasa(lembut) - 1 pasang
12) Buku doa(kecil)&surah yassin - 1
13) Penyangkut baju - 5
14) Ubat-ubatan(ubat batuk/Strepsil/cirit-birit/vicks/vitamin C /panadol)
15) Sarung beg/jaring - 1
16) Set gantung kecil, pengetip kuku - 1

BAGI PEREMPUAN - 
​Senarai barang-barang dalam beg besar/beg pakaian (30kg)

1) Telekung sembahyang - 4 helai 
2) Mini telekung - 2 helai 
3) Telekung berlengan -1
4) Baju kurung - 3 pasang
5) Jubah biasa - 3 pasang
6) Baju tidur dan seluar panjang - 2 pasang
7) Stoking tawaf & saie(bertapak tebal) - 3 pasang
8) Stoking biasa - 3 pasang
9) Tuala kecil - 1 helai
10) Sarung tangan - 3 helai
11) Jubah seluar - 2 atau 3 pasang 
12) Singlet berzip (untuk keselamatan) - 2 helai
13) Buku doa (kecil) &surah yassin - 1
14) Pakaian dalam wanita yang secukupnya
15) Penyangkut baju - 5
16) Ubat-ubatan (ubat batuk/Strepsil/cirit-birit/vicks/vitamin C /panadol)
17) Sarung beg/jaring - 1
18) Set gantung kecil, pengetip kuku - 1
19) Beg sejadah kecil / Sejadah Mini- 1 
20) Uncang kasut - 1 ( diberi percuma oleh Syarikat)
21) Alat cukuran - 1 
22) Alat2 mandian - 1
23) Krim bibir dan tumit - 1
25) Marker pen (jika perlu) - 1
25) Telefon bombit & charger - 1
26) Kamera - 1

PANDUAN TENTANG BARANG LARANGAN


Para jemaah dinasihatkan supaya TIDAK MEMBAWA MASUK BARANG LARANGAN ke dalam kapal terbang. Barang-barang tersebut hendaklah dimasukkan/diisi dalam ke dalam beg yang dimasukkan ke dalam kargo

  • Senjata tajam

  • Pisau

  • Gunting

  • Bekas menggunakan kaca

  • Botol minyak wangi

  • Bahan api

  • Pemetik api ( lighter)

  • Mancis api

(Maklumat lanjut boleh didapati di Kaunter Pertanyaan KLIA).

PANDUAN URUSAN CHECK IN DI AIRPORT DAN IMIGRESEN


Ketika hendak berangkat

  1. Setiap jemaah dikehendaki berada di lapangan terbang KLIA 4 jam sebelum waktu penerbangan.

  2. Semua jemaah hendaklah berkumpul di suatu tempat yang diarahkan oleh pihak agensi umrah.

  3. Urusan check in lazimnya akan dibantu oleh pihak agensi umrah atau wakilnya.

  4. Berat timbangan ketika pergi tidak lebih 20 kg dan ketika pulang dari Jeddah ialah 20 kg. Lebihan muatan akan ditanggung oleh jemaah berkenaan.

  5. Pastikan pasport, boarding pass dan tiket penerbangan tersimpan rapi dalam beg sandang.

 

Ketika sampai di Jeddah/Madinah

  1. Ketika pemeriksaan pihak imigresen, suami atau mahram hendaklah mengiringi isteri atau wanita yang menjadi mahramnya.

  2. Ketika pemeriksaan pihak kastam, beg kita yang berkunci hendaklah segera dibuka untuk tujuan pemeriksaan.Kunci beg hendaklah dipegang oleh masing-masing.kunci suami dipegang oleh suami dan kunci isteri dipegang oleh isteri supaya mudah membuka beg masing-masing.

 PERJALANAN MENUJU KESEMPURNAAN ~~~ KESEMPURNAAN MENUJU ILAHI ~~~ KEJAYAAN ADALAH SATU PERJALANAN ~~~ JAUH PERJALANAN LUAS PENGALAMAN

Hikmah yang dapat diraih dalam melaksanakan ibadah umrah ini adalah redha ALLAH SWT. dan ampunan-Nya sebagaimana di dalam sabda Nabi shallallahu'alaihi wasallam:

 "Dari Abu Hurairah, Rasulullah Saw. bersabda: Antara satu ibadah umrah dengan umrah yang lain merupakan penghapus dosa dari dosa dan kesalahan yang diperbuat di antaranya." (HR. Mutafaq'alaih).

Bagi para jama'ah yang hendak atau sedang melaksanakan umrah, semoga mendapatkan umrah yang mabrur (diterima) dan juga menjadi washilah untuk mendapatkan kebahagian di dunia dan akhirat. Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.

Pakej PILIHAN

um eutla.png

Top 

Five

Kami Penuhi Panggilan Mu Yaa Allah Labbaik Allahumma Labbaik...

Pakej UMRAH UME 1
Pakej UMRAH UME 3
Pakej UMRAH UME 2
Pakej Medik
Pakej VIP First Class
Show More

Heading 2

Tempahlah Pakej Pilihan Anda Sekarang
Malaysian-Association-of-Tour-and-Travel

MAAD TRAVEL (M) Sdn Bhd. [ KPK/LN 7078 ]

Muasassah : MAAD AL MASIYAH CO.LTD  (Saudi)

Marketing By UME Travel (UmrahMultazam)

UM EUTLA VACATION [ KPK/LN 9080 ]

NO 36-01, JALAN SETIA TROPIKA 1/1, TAMAN SETIA TROPIKA, 81300 SKUDAI JOHOR.

Tel: +607 244 8727  (10:00pg hingga 05:30 ptg) 

Email: ume.vacation@gmail.com

Copyright© 2017 - 2020 by UME. All rights reserved.
Pakej UMRAH UME 1